TERNAKAN UDANG

Artikel dan gambar oleh NORZAINURA ABDUL MAJID

Najee Muddin Ibrahim BANGGA MENUNJUKKAN UDANG HASIL KOLAMNYA DI bATU pAHAT, jOHOR.


MENGALAMI kerugian pada tahun pertama pembabitannya dalam bidang penternakan air tawar atau akuakultur tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa menoleh ke belakang.

Berpegang kepada prinsip tidak mahu mengaku kalah, Najee Muddin Ibrahim, 37, melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa rasa ragu dan menjadikan setiap kelemahan sebagai penguat semangat untuk terus maju.

Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan rapat menjadikan dia seorang yang gigih dalam setiap apa yang diusahakannya.

”Saya memulakan projek ternakan udang harimau ini sejak tujuh tahun lalu dengan modal sendiri sebanyak RM760,000 tanpa pinjaman atau bantuan daripada mana-mana institusi kewangan,” jelasnya.

Pada awal pembabitannya, Najee Muddin berkongsi bersama seorang rakan tetapi selepas mengalami kerugian akibat kurang kemahiran, dia tidak pernah putus asa dan yakin dalam setiap apa yang diusahakannya.

Kegagalan lalu dijadikan sebagai penguat semangat dan sokongan daripada keluarga yang tidak putus-putus menjadikannya begitu tabah meski jauh di sudut hati dia berasa agak kecewa.

Bapa kepada tiga orang anak ini bermula dengan membeli 4.5 hektar tanah dengan kos lebih RM100,000 untuk membuat kolam udang harimau di Lot 3033, Kampung Teluk Bakong, Sungai Kajang, Batu Pahat, Johor kira-kira tujuh tahun lalu.

Najee Muddin memulakan ternakan udang dengan empat buah kolam ternakan berukuran 49,000 kaki persegi setiap satu.

Kini dia mempunyai enam buah kolam udang dengan empat pekerja yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ternakannya dan kebersihan kolam-kolam berkenaan.

Menurutnya, benih anak udang diperoleh daripada pembekal di Johor Bahru dengan harga tiga sen hingga RM1.20 seekor, bergantung kepada usia benih itu.

Setiap kali membeli benih, dia memerlukan RM11,000 untuk tiga tan benih bagi memenuhi semua kolam yang diusahakan pada awal pembabitannya dulu.

”Dua tahun saya berusaha keras untuk menjayakan kolam udang ini, barulah ia menampakkan hasil.

Tahun pertama selalu rugi, banyak udang mati kerana keadaan air yang tak sesuai,” katanya ketika ditemui kolam ternakan udangnya baru-baru ini.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya terutama dari segi harga udang yang ada turun naiknya.

udang harimau

Tetapi pada tahun ini, apabila harga udang harimau agak tinggi beliau turut menternak udang putih yang mendapat permintaan di pasaran dengan harga pasaran yang lebih rendah tetapi permintaannya tinggi.

Dia yang mulanya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan turut menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan bagi menambahkan pengetahuannya dalam bidang penternakan udang dan ikan.

Bermula dari situ, kemahiran dalam menternak udang dapat diketahui dari semasa ke semasa.

Ini menjadikan Najee Muddin yakin dan bersemangat dalam apa yang diusahakan agar kerugian dan pengalaman pahit yang dilaluinya di awal pembabitan dalam ternakan udang dapat ditebus sekali gus menjadikan dirinya seorang yang tidak mudah mengalah.

Tambahnya lagi, udang ternakannya akan dihantar kepada dua pemborong tetap untuk pasaran di Johor Bahru dan Singapura selain pasaran lain di dalam negara.

Hasil kegigihannya, Najee Muddin dianugerahkan sebagai Wira Tani (Belia) oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor pada tahun lalu juga mendapat Anugerah Belia Tani peringkat Kebangsaan.

Kini Najee Muddin telah membuka syarikatnya sendiri iaitu Najee Brothers Sdn. Bhd. dan sedang merangka untuk membesarkan projek ternakan udangnya untuk pasaran antarabangsa.

Tambahnya, dia telah mendapat 2,000 hektar kawasan di Tanjung Manis Halal Park Sarawak dan akan mengusahakan ternakan udang harimau, udang putih dan ikan kerapu.

”Dalam perjanjian yang telah dimeterai, saya diberi tempoh pajakan selama 30 tahun untuk mengusahakan kawasan berkenaan dan modal yang diperlukan ialah RM2 billion,” jelasnya.

Selain menternak udang dan ikan, beliau juga akan mengusahakan makanan frozen berasaskan udang dan ikan dan akan di eksport ke luar negara khusus untuk mereka yang beragama Islam.

Katanya lagi, kertas kerja telah pun disiapkan dan kajian terperinci telah pun dibuat oleh konsultan yang dilantik dari Singapura.

Setakat ini katanya, sebuah syarikat dari Hong Kong berminat untuk menjadi pelabur memandangkan produk halal Malaysia yang akan dihasilkannya adalah dari Zon Halal Park.

Justeru katanya, dengan adanya produk makanan sejuk beku berasaskan ikan dan udang serta halal, ia akan memudahkan warga Islam di luar negara seperti Jepun dan Hong Kong mendapatkan makanan yang halal tanpa rasa ragu.

Bagi Najee Muddin ia merupakan cabaran baru baginya dalam melebarkan sayap syarikat untuk menjadi penternak udang dan ikan yang terbesar serta mengeksport makanan sejuk beku yang halal ke luar negara dengan kualiti yang terjamin.

MENTERNAK KETAM BERKULIT LEMBUT

image

inilah cangkerang ketam selepas proses bersalin kulit. Pengguna tidak perlu lagi membuang kulit ketam kerana ia lembut dan boleh dimakan.

image KUANTAN – Ketam, sinonim dengan cangkerang yang kulitnya keras. Berikutan itu ada di antara kita yang tidak gemar memakan ketam.
Jika tersilap langkah, sudah pasti akan tertelan kulitnya dan boleh menyebabkan kecederaan pada tekak.
Namun seorang usahawan di Seberang Balok di sini telah menternak ketam berkulit lembut dan memasarkan ke pasaran domestik.
Penternak ketam tersebut, Dr. Syed Badaruddin Syed Ali berkata, beliau telah membuat kajian mengenai kulit (cangkerang) lembut ketam itu sejak 2007 secara sendirian.
“Ketam tanpa cangkerang ini agak asing di Malaysia. Tetapi di Thailand dan Vietnam, ia menjadi hidangan popular di restoran-restoran dan diternak secara tradisional.
“Teknik pembiakan dan penjagaan ketam itu dipelajari daripada kaedah tradisional. Hasil daripada itu, saya gabungkan dengan kaedah moden untuk meningkatkan kecekapan penjagaan kualiti air dan daya pengeluaran.
“Dalam tempoh tiga tahun melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) itu juga, saya banyak belajar membangunkan sistem kitaran air dan penyesuaian kadar tahap pH air dengan ketam-ketam yang kebiasaannya hidup dalam air payau masin,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Katanya, ketam dari spesies scylla olivacea (ketam nipah) dan scylla serrata (ketam laut) yang tidak mempunyai kulit keras tersebut melalui proses bersalin cangkerang sebelum dikumpul untuk dipasarkan.
“Ramai tidak tahu bahawa ketam juga melalui proses bersalin kulit cangkerang. Ketam yang dipasarkan Ternak Unggul Sdn. Bhd., itu dikumpulkan selepas proses tersebut selesai.
“Ia merupakan projek pertama seumpama di Malaysia yang memasarkan ketam tanpa cangkerang,” kata beliau semasa ditemui di pusat ternakan ketam seluas lapan hektar yang diusahakannya di sini.
Tambah beliau lagi, ketam itu sangat unit kerana tidak mempunyai kulit yang keras malah boleh dimakan keseluruhan isinya tanpa membuang kulit.
Mengulas lanjut mengenai sistem kitaran air itu, beliau berkata, air segar dipam menggunakan mesin pengepam bagi memastikan oksigen berada pada tahap optimum bagi membolehkan ketam terus hidup.
Ujar beliau, proses menternak juga dilakukan secara tradisional namun sedikit berbeza kerana ketam-ketam itu diternak dalam gelung perigi bagi memperlahankan proses kulitnya mengeras semula selepas bersalin kulit.
“Kalau mengikut kaedah tradisional, ketam diternak di dalam kolam air payau yang digali supaya sesuai dengan habitat asal. Namun, ia berbeza dalam kolam konkrit dan air tawar.
“Teknik menternak di dalam gelung perigi juga menjadi faktor ketam-ketam itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan habitat asal dalam air masin dan payau,” katanya.
Jelasnya, bagaimanapun, proses cangkerang mengeras semula selepas bersalin kulit menjadi perlahan ketika ketam-ketam itu berada dalam air tawar,” jelasnya.
Dr. Syed Badaruddin Syed Ali menunjukkan antara peralatan yang digunakan untuk proses ketam berkulit lembut. – utusan/Rushdi Salleh
——————————————————————————–
Menurutnya, kebiasaannya, cangkerang akan mengeras semula dalam tempoh 12 jam jika berada dalam air masin tetapi proses itu menjadi perlahan dan mengambil masa sehingga tiga hari jika berada dalam air tawar.
Katanya, ketam-ketam tersebut juga memerlukan penjagaan rapi dalam memastikan proses bersalin kulit berjalan dengan sempurna dan ia lebih sensitif dalam persekitaran air berbanding ikan.
Jelas Syed Badaruddin, 10 ekor ketam yang diternak dalam 1,000 gelung perigi, hanya lima akan terus hidup sebelum bersalin cangkerang kerana hidup dalam persekitaran air tawar.
“Penjagaan lebih rapi juga diperlukan ketika ketam-ketam ini melalui proses bersalin cangkerang yang biasanya antara pukul 11 malam hingga 3 pagi.
“Bagi menjamin ketam-ketam itu tidak mati ketika sebelum, semasa dan selepas proses bersalin cangkerang, para pekerja diperlukan untuk memantau pada waktu tengah malam hingga awal pagi secara lebih teliti.
“Selepas bersalin kulit, ketam-ketam juga perlu diasingkan daripada cangkerang keras yang sudah terpisah daripada badannya bagi menjaga kualiti air supaya terus hidup sebelum dikutip untuk dijual,” katanya yang kini memasarkan satu tan ketam tersebut setiap bulan.
Katanya, ketam-ketam tersebut dijual RM25 setiap kilogram kepada pengusaha restoran makanan Cina, Jepun dan Korea sekitar Kuala Lumpur.
“Ketam-ketam ini digemari kerana tidak perlu mengupas cangkerang sebelum dimakan dan boleh dinikmati keseluruhan isinya kerana perutnya bersih.
“Ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis resipi seperti ketam bercangkerang yang biasa,” jelas beliau.
Jelasnya, beliau kini cuba meneroka pasaran antarabangsa memandangkan ketam bercangkerang lembut semakin popular di kalangan penggemar makanan laut.
“Bagi mencapai objektif itu, skala pengeluaran harus diperbesar dan memerlukan kos lebih tinggi. Kecekapan lebih berkesan juga diperlukan untuk memaksimumkan hasil pengeluaran disebabkan kos yang tinggi.
“Tahun hadapan, kita sedang cuba untuk mendapat taraf inkubator membenih ketam di Bachok dan Pekan. Objektif untuk memasarkan ketam ini dalam pasaran antarabangsa sedang giat diusahakan,” katanya.
Selain itu, Ternak Unggul Sdn. Bhd. juga terlibat dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang, Selangor baru-baru ini sebagai usaha mempopularkan ketam berkulit lembut ini di kalangan rakyat Malaysia.

Sumber:utusan malaysia

AROWANA | EMAS BERENANG |

imageTernakan ikan arowana di Bukit Merah sangat popular di kalangan pengeksport.- Gambar hiasan

BERDASARKAN laporan Jabatan Perikanan, industri ikan hiasan Malaysia telah berkembang dengan pesat.

Ini berdasarkan statistik anggaran tahun 2008 bahawa pengeluaran dari industri ikan hiasan adalah 733 juta ekor ikan.

Ini bersamaan dengan nilai RM759 juta dan ini merupakan peningkatan sebanyak 31.4 peratus (pengeluaran) dan 17.3 peratus (nilai pengeluaran) jika berbanding dengan tahun 2007.

Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) sehingga tahun ini , ikan hiasan telah di kenal pasti sebagai salah satu komoditi dan bidang usaha yang diberi keutamaan.

Salah satu spesies ikan hiasan utama negara adalah ikan arowana (Scleropages formosus) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti industri ikan arowana sebagai salah satu industri bernilai tinggi.

Bagi memastikan pembangunan industri ikan arowana yang berterusan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Pelan Pengurusan Pemuliharaan Ikan Arowana di Tasik Bukit Merah supaya habitat asal ikan arowana ini dapat dipulihara.

Di negara ini, Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT) merupakan sebuah pusat penyelidikan di bawah Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan.

PPPAT yang terletak kira- kira 15 kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, PPPAT Glami Lemi yang dahulunya beroperasi di Batu Berendam Melaka mula beroperasi di Titi, Jelebu Negeri Sembilan mulai awal tahun 2007.

Fungsi utama PPPAT ini ialah menjalankan pelbagai kajian dalam bidang akuakultur termasuklah;

lMenjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang akuakultur dan perikanan air tawar

lMengkaji, mengumpul dan menyebarkan maklumat yang berkaitan.

lMemelihara perhubungan dan kerjasama penyelidikan dengan lain-lain sektor perikanan dan organisasi

Objekitif PPPAT

lMewujudkan teknologi yang sesuai untuk pembiakan dan ternakan ikan makan dan ikan hiasan air tawar

lMewujudkan pengurusan perikanan yang rasional dan akuakultur mapan persekitaran

lMenjadi pusat rujukan dan perkhidmatan pakar

lMeningkatkan keupayaan teknikal penternak dan kakitangan jabatan melalui latihan dll.

lMeningkatkan hasil keseluruhan ikan yang berkualiti di dalam negara

lPemuliharaan biodiversiti hidupan akuatik

Untuk mencapai objektif tersebut PPPAT Glami Lemi menjalankan aktiviti penyelidikan dalam bidang bioteknologi molekul dan penentuan foligenetik ikan air tawar.

Dalam bidang bioteknologi enzim, penyelidikan ditumpukan untuk menyaring mikro organisma yang boleh berupaya mereputkan komponen-komponen tumbuhan yang tidak dapat dihadam oleh ikan.

Dalam bidang pembiakan ikan, PPPAT mencari kaedah pembiakan terkini serta menghasilkan induk, benih dan baka berkualiti.

PPPAT juga menjalankan kajian ternakan untuk pelbagai spesies ikan air tawar serta merancang program pemilihan genetik ikan untuk menambah produktiviti ternakan ikan.

Selain itu, ia penting dalam bagi mewujudkan kaedah pengurusan perikanan yang rasional dan amalan akuakultur yang mapan kepada persekitaran bagi perairan tertutup. Juga sebagai tempat rujukan dan perkhidmatan pengembangan di dalam bidang perikanan darat seluruh negara.

Ia juga menyimpan inventori spesies ikan di perairan darat Malaysia dan memulihara biodiversiti hidupan air.

Pasaran ikan arowana tertumpu kepada eksport.

Negara eksport utama ialah Jepun, Hong Kong, China, Taiwan dan Kanada.

Technorati Tags: ,

INFO BELUT

BELUT

BELUT

  • Nama saintifik belut ialah ordo Anguilliformes.
  • Belut termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit.
  • Belut adalah sejenis hidupan air tawar yang bertubuh bulat memanjang (seperti ular) yang hanya mempunyai sirip di ekornya dan berkulit licin dan liat.
  • Belut mempunyai satu tulang belakang yang berbentuk Y.
  • Belut terbahagi kepada 4 jenis, 19 keluarga dan 400 jenis spesis.
  • Belut mampu memanjang sehingga 3 meter.
  • Belut aktif pada waktu malam atau gelap, segala pemakanan dan pembiakan selalunya pada waktu malam.
  • Adalah penting untuk menyediakan suasana yang selesa untuk belut iaitu dengan menjauhkannya dari cahaya.
  • Jantina belut berumur 6 bulan kebawah adalah betina dan 6 bulan keatas adalah jantan. Jantina belut mengikut size dan umur belut itu sendiri.
  • Ada juga fakta yang mengatakan belut yang mencapai ukuran panjang 20-50 cm, belut akan kekal betina dan belut yang mencapai ukuran 55 cm ke atas biasanya jantan.

JENIS-JENIS IKAN LAGA

Oleh: Betta Village

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis dan bentuk ekor ikan laga. Tetapi pada kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai beberapa jenis bentuk ekor ikan laga yang biasanya dipertandingkan. Antaranya ialah: 

Halfmoon (HM)
Halfmoon merupakan antara jenis yang paling diminati ramai. Ekornya yang panjang dengan bukaan 180 darjah kelihatan seolah-olah seperti separa bulan. Halfmoon merupakan antara ikan laga yang mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana Halfmoon yang berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Halfmoon yang berkualiti sekurang-kurangnya mestilah mempunyai ekor yang semetri dengan bukaan ekor belakang tidak kurang dari 180 darjah

ikan laga

Plakat (PK)
Plakat merujuk kepada ikan laga berekor pendek. Secara amnya terdapat dua jenis plakat untuk pertandingan iaitu Traditional Show Plakat dan Modern Show Plakat. Kedua-dua jenis plakat ini mestilah mempunyai ekor belakang berbentuk ā€˜Dā€™ dan sekurang-kurangnya 180 darjah. Bagi Traditional Show Plakat, ikan jenis ini biasanya mengekalkan ciri-ciri asli ikan laga. Contohnya bucu ekor belakang berbentuk bulat (tidak tajam) dan ekor bawah berbentuk trepezod. Selain itu ciri Traditional Show Plakat yang utama adalah ekor belakang hanya mempunyai 2-4 tulang (rays) sahaja. Manakala Modern Show Plakat lebih kepada ikan laga yang menunjukkan cirri-ciri hasil dari pembenihan terpilih. Contohnya bucu ekor belakang yang tajam dan ekor yang lebih semetri. Modern Show Plakat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Plakat Semetri dan Plakat Tidak Semetri.

ikan laga

Crowntail (CT)
Crowntail merupakan ikan laga yang unik dan dalam kelasya yang tesendiri. Crowntail dikatakan berasal dari Indonesia. Di Indonesia ikan laga dikenali dengan panggilan Chupang. Crowntail merupakan ikan laga yang mempunyai ekor yang tajam dan bercabang. Walaupun bergitu, Crowntail yang berkualiti mestilah mempunyai ekor belakang dengan bukaan 180 darjah. Terdapat pelbagai jenis variasi pada ekor Crowntail berdasarkan jumlah tulang atau cabang yang dihasilkan. Antaranya ialah Single Ray, Double Ray, Double Double Ray dan King Crowntail

ikan laga

Doubletail (DT)
Doubletail merujuk kepada ikan laga yang mempunyai belahan pada ekor belakang. Dalam erti kata lain, ikan ini seolah-olah mempunyai dua ekor belakang. Walaupun bergitu, Doubletail yang baik mestilah mempuyai ekor belakang 180 darjah dan belahan tengah yang dalam dan semetri. Doubletail boleh muncul dalam pelbagai variasi seperti Doubletail Halfmoon (DTHM), Doubletail Plakat (DTPK) dan Doubletail Crowntail (DTCT)

ikan laga

Technorati Tags: ,

Industri Akuakultur Air Tawar Beri Peluang Menjana Pendapatan Rakyat

Galakan yang diberikan terutama dari kerajaan dalam industri akuakultur terutama dalam bidang akuakultur air tawar merupakan sebuah pelunag yang perlu diambil oleh setiap orang yang meminati industri ini sebagai satu sumber menjana pendapatan. Pelbagai aspek dalam akuakultur itu sendiri yang boleh dipecah-pecahkan antaranya industri penghasilan benih ikan, pembekalan ikan hidup, peralatan akukultur dan sebagainya. Permintaan terhadap hasil perikanan pada masa kini bukan lagi dijadikan sebagai permintaan sampingan malahan ianya adalah permintaan utama sepanjang zaman. Seiring dengan kepesatan penduduk dan permintaan terhadap protein ikan maka itu industri perikanan terus berkembang.

Antara industri akuakultur yang sangat berkembang pada masa kini dan sentiasa mendapat permintaan ialah industri ternakan ikan keli. Sistem ternakan dengan mengggunakan kolam kanvas begitu mudah dikendalikan dan tempoh ternakan yang pendek menyebabkan ianya mendapat perhatian. Industri ikan keli pada masa kini di malaysia sudah mula mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Begitu banyak program yang dijalankan untuk mengembangkan projek ini di Malaysia.

KENAPA SAYA PERLU CADANGKAN TERNAKAN IKAN KELI PADA ANDA?

Berdasarkan permintaan yang tinggi di Malaysia. Modal yang rendah dan memang sesuai bagi mereka yang ingin memulakan projek akuakultur.

Untuk mendapatkan lebih lanjut maklumat tentang ikan keli ini anda bolehlah terus berhubungan dengan Abd Rahman seorang yang berpengaman dalam bidang ternakan ikan keli ini.

P/S: Panduan Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli memaparkan kaedah pembenihan ikan keli secara terperinci serta gabungan 3 kaedah penternakan ikan keli yang boleh anda pilih dan lakukan untuk menjalankan penternakan ini. Kesemua kaedah tersebut boleh diaplikasikan dengan mudah mengikut kesesuaian anda. Kini anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk memulakannya. Peluang mencapai kejayaan dalam bidang penternakan terbuka luas untuk anda. Anda boleh bermula pada bila-bila masa sahaja, tak kira dimana sahaja anda berada.

PEMBENIHAN IKAN PELAGA

Ikan pelaga betina mempunyai warna yang pudar berbanding dengan ikan pelaga jantan. Di bahagian belakang ikan pelaga betina terdapat liang putih yang dikenali sebagai ovipositor, berdekatan degan anus. Selepas mengawan, ikan betina menghasilkan 100hingga500 telur. Ikan pelaga betina mesti diasingkan kerana ia akan memakan telur sendiri. Ikan pelaga jantan menghasilkan sarang buih. Selepas mengawan, ikan pelaga jantan kutip telur dan meletakkannya ke dalam sarang buih. Benih ikan menetas dalam masa dua hari. Tiga hari selepas itu, benih-benih tersebut akan berenang dengan bebas. Pada masa ini, ikan pelaga jantan perlu diasingkan kerana ia akan memakan benih tersebut.

Cara pembiakannya dengan menyediakan:

1. Bekas plastik 10 gelen
2. Kabus / Foam Cup
3. Serombong plastik
4. Sepasang ikan pelaga (betina dan jantan)
5. Pokok akuatik (tiruan atau hidup)

Pilih pasangan ikan pelaga yang tidak terlalu tua. Jika ikan pelaga yang dipilih terlalu tua , ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan , berinya makan selama seminggu. Berikan lebih makan kerana ia dikehendaki kurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan. Selepas diberi makan , sediakan tanki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tanki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan. Kemudian , letakkan air di dalam tanki tersebut. Tanki tersebut diisi tidaklah terlalu penuh. Kemudian , letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti “terowong”. Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hdup. Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang) kerana ia mempunyai nutrien – nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

Letakkan ikan jantan ke dalam tanki mengawan terlebih dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan. Kemudian , letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih. Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya. Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat. Selepas ikan betina sudah sedia , lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih. Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang – sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam. Selepas 2 hari , anak ikan pelaga yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tanki mengawan.

AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.